Pages

Wednesday, July 29, 2009

International Seminar on Communication & Culture in South East Asian Region: ‘Evolution, Development, and Challenges’ (ISCCSR)

The Faculty of Communication & Media Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, will be organizing the International Seminar on Communication & Culture in South East Asian Region: ‘Evolution, Development, and Challenges’ (ISCCSR). This seminar is jointly organized between us and the Faculty of Social & Political Knowledge, Universitas Andalas Padang, Indonesia. The seminar will be held on the 22nd-23rd October 2009, at the Annexe Hall, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia. (Shah Alam is located 23km from Kuala Lumpur, capital of Malaysia).
The organizing committee cordially invites you to participate in this seminar. Scholarly papers on the following aspects of communication will be presented either by individual or panel sessions are welcome. A 300-word abstract should be sent to the conference secretariat by 3rd August 2009, 2009. An abstract should also include a brief biodata of the presenter.

http://masscomm.uitm.edu.my/

Saturday, July 18, 2009

Pengganas belum ‘berkubur’

Antarabangsa KALI terakhir Indonesia digegarkan dengan serangan bom yang dipercayai dilakukan oleh pengganas ialah pada 1 Oktober 2005, apabila tiga kafe di Bali diletupkan secara serentak. Dalam kejadian itu 23 orang terbunuh manakala 196 cedera.

Selepas itu, negara republik yang mempunyai penduduk lebih 240 juta tersebut seolah-olah tidak lagi diancam oleh serangan bom oleh puak-puak militan terutamanya Jemaah Islamiah (JI). Berikutan situasi berkenaan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mampu mentadbir Indonesia dengan tenang.

Sementara tumpuan memerangi keganasan terus menjadi agenda utama, Susilo juga berjaya mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa kepada negara tersebut. Indonesia buat seketika tidak lagi dianggap negara yang bahaya dan situasi ekonomi semakin pulih.

Tetapi malangnya, dua serangan bom yang berlaku pada Jumaat lalu di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Calton, Jakarta telah membuktikan bahawa pengganas tidak pernah berhenti daripada agenda jahat mereka.

Kali ini sembilan nyawa tidak berdosa menjadi korban dan 41 orang cedera. Serangan ini bukan sahaja mengejutkan dunia malah ia memberi amaran yang jelas kepada pemerintah Indonesia bahawa jaringan pengganas masih kukuh di negara tersebut.

Tidak kiralah siapapun yang mereka kaitkan sama ada ia melibatkan Nordin Mat Top atau JI, apa yang pasti Indonesia mempunyai tanggungjawab berat bagi memerangi kelompok tidak berperikemanusiaan itu habis-habisan.

Jika serangan terbaru itu dikaji, adalah jelas puak pengganas membuat perancangan yang cukup rapi, mereka bukan sahaja mampu membolosi kawalan ketat di kedua-dua hotel itu, malah berjaya membuat bom di dalam salah sebuah bilik di situ selama seminggu tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Sudah pasti pengganas berkenaan tidak turun di hadapan hotel itu untuk daftar masuk dengan menaiki ‘bajaj’ (motosikal ketiga) atau ‘ojek’ (motosikal sewa), paling kurang pun mereka menaiki teksi. Langkah ini sudah pasti mengaburi pihak keselamatan, apatah lagi tidak akan terfikir oleh mereka bahawa pengganas akan bersedia untuk tinggal di hotel mewah berkenaan yang mengikut kadar biasa tidak kurang RM450 semalam.

Malah dalam perkembangan terbaru, dilaporkan, serangan bom di Hotel JW Marriot dilakukan oleh seorang lelaki yang membawa masuk dengan selamba dua buah beg berisi bom manakala di Hotel Ritz Carlton pula, seorang wanita disyaki terlibat apabila dia dikatakan masuk ke hotel berkenaan bersama seorang lelaki dengan membawa beg berisi bom.

Kehadiran mereka bersama-sama dengan bom dan gagal dikesan oleh pihak keselamatan jelas membuktikan kelicikan puak pengganas. Ia juga menunjukkan dengan jelas bahawa dari semasa ke semasa puak tersebut semakin memperkemaskan modus operandi bagi memastikan misi gila mereka berjaya.

Akibat kegagalan mengesan kehadiran pengganas-pengganas berkenaan akhirnya, badan perisikan Indonesia dipersalahkan kerana gagal mengesan kehadiran manusia kejam itu.

Selama seminggu mereka berada di situ tanpa dapat dikesan, malah mereka mungkin keluar masuk di situ tanpa dicurigai dan akhirnya pada Jumaat lalu, mereka ‘menunjukkan’ kehadiran mereka.

Apa pun cabaran besar menanti pemerintahan Susilo yang baru sahaja memenangi pemilihan Presiden dengan cemerlang baru-baru ini. Susilo pasti memahami bahawa pengganas masih bertapak kukuh di Indonesia biarpun sudah banyak jaringan puak itu dapat dilumpuhkan.

Serangan terbaru mencalar imej Indonesia dan sekali gus menganggu gugat kelancaran proses pemulihan ekonomi yang sedang dilakukan oleh Susilo. Tetapi itulah sebenarnya niat puak pengganas berkenaan. Mereka selama ini gelisah apabila Susilo berjaya meletakkan negara tersebut dalam keadaan stabil.

Justeru seperti mana yang didedahkan oleh Susilo pada sidang media selepas serangan itu, puak pengganas tidak mahu beliau terus menjadi Presiden.

Apa yang malangnya bagi badan perisikan Indonesia, biarpun mereka sudah mendapat maklumat bahawa ada sekelompok pengganas akan melakukan serangan bagi menggagalkan usaha Susilo terus menjadi Presiden, tetapi mereka tidak tahu di manakah serangan akan dilakukan.

Mereka sekadar memaklumkan kepada Susilo bahawa gambar beliau digunakan sebagai sasaran tembak oleh puak tersebut. Atas faktor keselamatan juga Susilo dinasihatkan tidak melawat tempat kejadian.

Kini sudah pastilah dalam tempoh yang agak panjang, seluruh tenaga keselamatan di Indonesia akan ditumpukan mencari dalang di sebalik serangan maut itu. Indonesia tidak boleh lagi bersikap lewa kerana adalah jelas saki baki pengganas masih ada di negara tersebut.

Imej Indonesia akan tercalar lebih teruk jika serangan dilakukan ketika pasukan bolasepak Manchester United berada di negara republik tersebut bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaannya.

Kesemua pemain pasukan terkenal di dunia itu dijadualkan menginap di Hotel Ritz Carlton yang turut terlibat dalam serangan terbaru. Lawatan itu akhirnya dibatalkan atas sebab keselamatan, biarpun 100,000 tiket sudahpun habis dijual.

Tetapi itu hanyalah persoalan kecil, apa yang lebih utama ialah bagaimanakah Indonesia hendak memulihkan imej sebagai sebuah negara yang tidak lagi menjadi sasaran pengganas.

Pemulihan tersebut hanyalah boleh dilakukan jika Indonesia memperkukuhkan lagi kemampuan badan perisikannya yang kini menjadi mangsa kecaman.

Dalam soal ini, pemerintah Indonesia tidak boleh lagi berlembut atau terlalu takut dituduh melanggar hak asasi manusia, jika terdapat bukti mana-mana juga individu yang dikaitkan dengan pengganas, mereka harus ditangkap dan dibicarakan. Ia bersesuaian dengan amaran Susilo yang menegaskan bahawa, ‘‘Kali ini negara tidak boleh membiarkan mereka menjadi ‘dracula’ dan penyebar maut di negeri kita.’’

Apa pun, Indonesia akan kembali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, kawalan keselamatan ketat akan kembali mewarnai negara republik berkenaan - satu langkah yang mungkin sebelum ini telah dikendurkan.">

Apa yang berlaku ialah letupan bom itu adalah yang pertama sejak pilihanraya Presiden Indonesia. Itu perkara pertama. Perkara kedua ialah letupan itu adalah pertama sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Baru minggu lepas, banyak harapan diberikan kepada Indonesia apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mendapat undi majoriti besar dengan menyifatkan bahawa negara itu sedang menuju kepada kebangkitan baru. Malah disebut bahawa Indonesia akan menyertai kumpulan negara-negara besar yang disebut sebagai BRIC, merujuk kepada Brazil, Rusia, India dan China. Jika Indonesia berjaya melakukan lonjakan ini, maka BRIC menjadi BRIIC.

Harapan ini tidak banyak bezanya dengan apa yang diberikan kepada Obama. Dunia termasuk rakyat Amerika Syarikat menuntut harapan baru daripada Obama. Bukan saja mengenai ekonomi tetapi lebih utama ialah berhubung keselamatan dunia daripada keganasan.

Sememangnya perhatian Obama adalah kepada keselamatan di Iraq dengan tentera Amerika mengundurkan diri tetapi pada waktu sama, ancaman keganasan di situ dapat dielakkan. Tetapi bukan saja di Iraq tentunya. Soal keganasan bersifat global sementara Al-Qaeda masih merupakan musuh utama kuasa besar itu. Tidak kira sama ada Obama atau George W. Bush.

Maka Obama tentunya komited juga terhadap menghapuskan keganasan rangkaian Al-Qaeda, yang memaksa beliau memberi perhatian bagi mencari penyelesaian di Afghanistan dan Pakistan.

Cumanya Obama mempunyai pendekatan berbeza daripada Bush. Itu janji pilihan rayanya. Pendekatannya terhadap umat islam juga berbeza. beliau mahu berbaik-baik dengan umat Islam. Bukan bermakna Bush tidak mahu berbuat demikian. Bezanya adalah pendekatan dengan persepsi yang lunak kepada umat Islam. Perkara ini jelas terkandung dalam ucapan penting beliau yang ditujukan kepada umat islam di Kaherah, Mesir tidak lama dahulu.

Maka perbezaan pendekatan, walaupun tidak besar berbanding Bush, tetapi masih bermakna. Ini kerana ia memberikan harapan baru kepada umat islam.

Pendekatan baru ini termasuklah juga isu Palestin, Iran dan penutupan kem tahanan Guantanamo. Sememangnya jika masalah yang dianggap teras ini dapat diselesaikan, maka ancaman daripada apa yang disebut sebagai keganasan akan sekurang-kurangnya dibendung.

Apabila penyelesaian ditemui di Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan, maka ancaman keganasan ke atas Indonesia, Filipina dan Thailand dapat dikurangkan walaupun di ketiga-tiga tempat mempunyai isu politik yang perlu diselesaikan sendiri.

Sememangnya ancaman keganasan masih berlaku di Thailand Selatan dan Filipina Selatan, tetapi ia muncul dalam persekitaran tempatan yang memerlukan perhatian nasional masing-masing. Hak rakyat umat islam di Thailand dan Filipina mesti diselesaikan sesempurna mungkin. Maka ancaman keganasan ini dapat dielakkan.

Walaupun Indonesia masih mempunyai masalah ancaman keganasan tetapi dengan suasana politik baru yang segar di bawah bayangan kemenangan Susilo, Obama tentunya mengharapkan negara Islam terbesar di dunia itu dapat keluar daripada masalahnya.

Pastinya kemenangan Susilo itu menggembirakan Obama dan Amerika. Tidak seperti negara-negara Islam di Asia Barat dan Asia Selatan, Indonesia mempunyai tempat yang istimewa bagi Obama. Sekurang-kurangnya itulah yang ada pada kaca mata rakyat Indonesia yang mengharapkan negara mereka menjadi stabil dan berjaya.

Setelah tiga tahun tanpa serangan bom, pastinya Indonesia diharapkan akan keluar daripada ancaman keganasan secara penuhnya apabila Susilo dapat memperbaiki lagi ekonomi negara itu. Tetapi letupan bom yang berlaku hari Khamis itu menghancurkan harapan Susilo dan majoriti rakyat Indonesia yang menyokongnya. Begitu juga, ia dijangka menghancurkan juga harapan Obama dan Amerika.

Ada dua perkara yang perlu diperhatikan oleh Amerika dan negara-negara yang bekerjasama dengannya untuk membanteras keganasan. Pertama, perhatian dalam usaha membanteras keganasan wajar diberikan secara global. Bukan saja perhatian patut diberikan kepada apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Tetapi perhatian juga wajar diberikan kepada Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia dan Singapura.

Kedua, Indonesia mempunyai masalah dalaman yang tersendiri hingga menghasilkan gerakan keganasan yang unik, berbeza daripada apa yang muncul di Afghanistan dan Pakistan.

Selain daripada soal perisikan dan keupayaan pasukan keselamatan Indonesia untuk mengatasi ancaman ini, perkara penting yang perlu diperhatikan ialah berkaitan politik, sosial dan ekonomi. Di atas segalanya ini ialah kefahaman mengenai Islam itu sendiri.

Indonesia wajar bersatu dalam mengatasi ancaman keganasan ini. Perang pemikiran untuk menumpaskan fahaman serangan bunuh diri yang dianggap sebagai Jihad wajar dilakukan secara bersungguh-sungguh hingga berhasil.

Tentunya penilaian yang sahih perlu dilakukan terhadap ancaman keganasan ini. Walaupun bilangan pelakunya amat kecil tetapi kegiatan mereka sudah cukup menyusahkan seluruh negara, tanpa mengira agama, fahaman dan kedudukan sosioekonomi masyarakat.

Dari segi politik pula, apakah sistem demokrasi Indonesia yang ada hari ini terlalu terbuka hingga membolehkan kemunculan gerakan pengganas seumpama itu. Demokrasi bermaksud kebebasan yang tentunya turut mengandungi unsur kebebasan daripada ancaman keselamatan.

Pada peringkat sosial dan ekonomi pula, penilaian sahih juga perlu dibuat tentang apakah keadaan sosial dan ekonomi Indonesia turut menyumbang kepada kemunculan gerakan ini. Sememangnya diharapkan apabila Indonesia semakin maju, makmur dan membangun, maka kuranglah rakyatnya yang cenderong untuk terlibat dengan kegiatan keganasan ini.

Begitu juga apabila unsur-unsur ketidakadilan dapat diatasi dalam masyarakat, khususnya jurang miskin dan kaya dapat dikurangkan, maka harapan untuk mengelak perkara ini adalah lebih jelas.

Indonesia ingin menjadi seperti Brazil, Rusia, India dan China dalam kemajuan mereka. Baru-baru ini China juga dilanda rusuhan. India juga mengalami serangan keganasan. Sementara jenayah di Rusia dan Brazil masih pada tahap serius.

INDONESIA KALI terakhir Indonesia digegarkan dengan serangan bom yang dipercayai dilakukan oleh pengganas ialah pada 1 Oktober 2005, apabila tiga kafe di Bali diletupkan secara serentak. Dalam kejadian itu 23 orang terbunuh manakala 196 cedera.

Selepas itu, negara republik yang mempunyai penduduk lebih 240 juta tersebut seolah-olah tidak lagi diancam oleh serangan bom oleh puak-puak militan terutamanya Jemaah Islamiah (JI). Berikutan situasi berkenaan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mampu mentadbir Indonesia dengan tenang.

Sementara tumpuan memerangi keganasan terus menjadi agenda utama, Susilo juga berjaya mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa kepada negara tersebut. Indonesia buat seketika tidak lagi dianggap negara yang bahaya dan situasi ekonomi semakin pulih.

Tetapi malangnya, dua serangan bom yang berlaku pada Jumaat lalu di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Calton, Jakarta telah membuktikan bahawa pengganas tidak pernah berhenti daripada agenda jahat mereka.

Kali ini sembilan nyawa tidak berdosa menjadi korban dan 41 orang cedera. Serangan ini bukan sahaja mengejutkan dunia malah ia memberi amaran yang jelas kepada pemerintah Indonesia bahawa jaringan pengganas masih kukuh di negara tersebut.

Tidak kiralah siapapun yang mereka kaitkan sama ada ia melibatkan Nordin Mat Top atau JI, apa yang pasti Indonesia mempunyai tanggungjawab berat bagi memerangi kelompok tidak berperikemanusiaan itu habis-habisan.

Jika serangan terbaru itu dikaji, adalah jelas puak pengganas membuat perancangan yang cukup rapi, mereka bukan sahaja mampu membolosi kawalan ketat di kedua-dua hotel itu, malah berjaya membuat bom di dalam salah sebuah bilik di situ selama seminggu tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Sudah pasti pengganas berkenaan tidak turun di hadapan hotel itu untuk daftar masuk dengan menaiki ‘bajaj’ (motosikal ketiga) atau ‘ojek’ (motosikal sewa), paling kurang pun mereka menaiki teksi. Langkah ini sudah pasti mengaburi pihak keselamatan, apatah lagi tidak akan terfikir oleh mereka bahawa pengganas akan bersedia untuk tinggal di hotel mewah berkenaan yang mengikut kadar biasa tidak kurang RM450 semalam.

Malah dalam perkembangan terbaru, dilaporkan, serangan bom di Hotel JW Marriot dilakukan oleh seorang lelaki yang membawa masuk dengan selamba dua buah beg berisi bom manakala di Hotel Ritz Carlton pula, seorang wanita disyaki terlibat apabila dia dikatakan masuk ke hotel berkenaan bersama seorang lelaki dengan membawa beg berisi bom.

Kehadiran mereka bersama-sama dengan bom dan gagal dikesan oleh pihak keselamatan jelas membuktikan kelicikan puak pengganas. Ia juga menunjukkan dengan jelas bahawa dari semasa ke semasa puak tersebut semakin memperkemaskan modus operandi bagi memastikan misi gila mereka berjaya.

Akibat kegagalan mengesan kehadiran pengganas-pengganas berkenaan akhirnya, badan perisikan Indonesia dipersalahkan kerana gagal mengesan kehadiran manusia kejam itu.

Selama seminggu mereka berada di situ tanpa dapat dikesan, malah mereka mungkin keluar masuk di situ tanpa dicurigai dan akhirnya pada Jumaat lalu, mereka ‘menunjukkan’ kehadiran mereka.

Apa pun cabaran besar menanti pemerintahan Susilo yang baru sahaja memenangi pemilihan Presiden dengan cemerlang baru-baru ini. Susilo pasti memahami bahawa pengganas masih bertapak kukuh di Indonesia biarpun sudah banyak jaringan puak itu dapat dilumpuhkan.

Serangan terbaru mencalar imej Indonesia dan sekali gus menganggu gugat kelancaran proses pemulihan ekonomi yang sedang dilakukan oleh Susilo. Tetapi itulah sebenarnya niat puak pengganas berkenaan. Mereka selama ini gelisah apabila Susilo berjaya meletakkan negara tersebut dalam keadaan stabil.

Justeru seperti mana yang didedahkan oleh Susilo pada sidang media selepas serangan itu, puak pengganas tidak mahu beliau terus menjadi Presiden.

Apa yang malangnya bagi badan perisikan Indonesia, biarpun mereka sudah mendapat maklumat bahawa ada sekelompok pengganas akan melakukan serangan bagi menggagalkan usaha Susilo terus menjadi Presiden, tetapi mereka tidak tahu di manakah serangan akan dilakukan.

Mereka sekadar memaklumkan kepada Susilo bahawa gambar beliau digunakan sebagai sasaran tembak oleh puak tersebut. Atas faktor keselamatan juga Susilo dinasihatkan tidak melawat tempat kejadian.

Kini sudah pastilah dalam tempoh yang agak panjang, seluruh tenaga keselamatan di Indonesia akan ditumpukan mencari dalang di sebalik serangan maut itu. Indonesia tidak boleh lagi bersikap lewa kerana adalah jelas saki baki pengganas masih ada di negara tersebut.

Imej Indonesia akan tercalar lebih teruk jika serangan dilakukan ketika pasukan bolasepak Manchester United berada di negara republik tersebut bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaannya.

Kesemua pemain pasukan terkenal di dunia itu dijadualkan menginap di Hotel Ritz Carlton yang turut terlibat dalam serangan terbaru. Lawatan itu akhirnya dibatalkan atas sebab keselamatan, biarpun 100,000 tiket sudahpun habis dijual.

Tetapi itu hanyalah persoalan kecil, apa yang lebih utama ialah bagaimanakah Indonesia hendak memulihkan imej sebagai sebuah negara yang tidak lagi menjadi sasaran pengganas.

Pemulihan tersebut hanyalah boleh dilakukan jika Indonesia memperkukuhkan lagi kemampuan badan perisikannya yang kini menjadi mangsa kecaman.

Dalam soal ini, pemerintah Indonesia tidak boleh lagi berlembut atau terlalu takut dituduh melanggar hak asasi manusia, jika terdapat bukti mana-mana juga individu yang dikaitkan dengan pengganas, mereka harus ditangkap dan dibicarakan. Ia bersesuaian dengan amaran Susilo yang menegaskan bahawa, ‘‘Kali ini negara tidak boleh membiarkan mereka menjadi ‘dracula’ dan penyebar maut di negeri kita.’’

Apa pun, Indonesia akan kembali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, kawalan keselamatan ketat akan kembali mewarnai negara republik berkenaan - satu langkah yang mungkin sebelum ini telah dikendurkan.

Saturday, July 11, 2009

Father of 'veil martyr' urges dialogue with Islam

Veiled women in Europe need protection: Marwa Sherbini's father

Marwa Sherbini and her son
Marwa Sherbini and her son

CAIRO (Randa Abu Al Azm)

The murder of Marwa Sherbini in a German court last Wednesday must not set in motion a wave of racial violence but rather a cross-religious dialogue between Muslim and non-Muslim countries, the father of Egypt’s “veil martyr” told Al Arabiya Friday.

In an interview with the pan Arab news channel Dr. Ali Sherbini, father of the late Marwa Sherbini, called for dialogue between nations in the wake of his daughter’s death and said Europe must make a sincere effort to understand Islam.

“I call upon Europe and the west to take pause and make the effort to understand Islam,” a tearful Sherbini told Al Arabiya. “Marwa’s death should not be in vain…non-Muslim countries should engage diplomatically and politically with Muslim ones to come to terms with Islam,” he added.

Ali Sherbini refused the intervention of Islamic groups into the murder case of his daughter

The father stressed the importance of cross-religious dialogue as a means to quell Islamophobia in Europe, which many Arab and Muslim intellectuals said has gained ground in the recent decades following the Danish cartoons and recent anti-veil statements that have stigmatized Muslim communities in Europe.

“Europe must understand that hijab is part of Islam…a religious duty women take up out of belief not because of extremity…it is not a political insignia like they [western countries] make it out to be,” Sherbini added, and called for the protection of veiled women in the west, who lately have become the subject of political debate within Europe.

Recently French President Nicola Sarkozy said the burka, or face veil some Muslim women wear was “not welcome” in France because it is not a symbol of religion but a sign of subservience for women.

In 2004 France passed a controversial law forbidding pupils from wearing veils and other religious symbols in state schools as part of the government's drive to defend secularism.

" Marwa’s death should not be in vain. Non Muslim countries should engage diplomatically and politically with Muslim countries to come to terms with Islam "
Dr. Ali Sherbini

Marwa Sherbini was stabbed 18 times inside a full courtroom when she appeared to testify at an appeal hearing against her assailant who was in court to appeal a previous defamation conviction against her.

Twenty-eight-year-old Axel W. managed to leap across the courtroom and stab Sherbini to death and critically injure her husband in front of the judge, lawyers and witnesses. Sherbini’s three-year-old son also witnessed the killing.

Axel was found guilty last November of insulting and abusing Sherbini, calling her a "terrorist" and a "whore" after she asked him to let her son sit on a swing in a playground in Dresden, eastern Germany.

Sherbini the father said he refused calls from lawyers of Islamic groups in Egypt to represent the murder case of his daughter fearing the association with Islamic groups would offer fodder for an “already biased” western media against the “hijab martyr.”

Top

“Outrageous crime”

" What kind of a civilized world is this that would lead to murder in the middle of a courtroom while the German judiciary looked on and the security guard shoots a man simply because he looks non-white "
Dr. Ali Sherbini

Dr. Ali Sherbini was equally critical of what seemed to be Germany’s racism towards its Muslim community to the point of having lax security measures that have led to an “outrageous crime.”

“What kind of a civilized world is this that would lead to murder in the middle of a courtroom while the German judiciary looked on and a security guard shoots a man simply because he looked non-white?” Sherbini told Al Arabiya.

Tarek Sherbini, Marwa’s brother who left to Germany with lawyers to start legal proceedings into the murder said the killing was a microcosm of the racism Muslims face in Germany and Europe in general.

Sherbini the son also condemned Egyptian authorities for not officially condemning the murder while his father said Azhar failed to send representatives to attend the funeral whereas Pope Shenouda III the Holy Synod of the Coptic Orthodox Patriarchate of Alexandria sent two representatives to the funeral.

“Two senior representatives of the Pope came to the funeral and sat through two lengthy Quranic recitations but no one from Azhar came,” Sherbini said.

(Translated from the Arabic with additional reporting by Marwa Awad)