DUBAI: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berkata mereka akan membenarkan pasukan bola sepak wanita Iran untuk bertanding di Sukan Olimpik Remaja jika mematuhi arahan membuka hijab dan menggantikannya dengan topi bagi menutup rambut (aurat).
Tindakan kompromi itu hadir selepas Fifa pada bulan lalu menghalang pasukan itu daripada mengambil bahagian kerana memakai hijab. Fifa mengharamkan pemakaian hijab - pakaian bagi orang Islam yang diwajibkan ke atas wanita - bermula pada 2007 atas alasan keselamatan untuk membendung sebarang kenyataan berbaur politik dan keagamaan di atas padang.
Iran akan bersaing dalam kejohanan membabitkan enam negara itu dalam kategori wanita yang akan berlangsung pada 12-25 Ogos di Singapura. Hampir 3,600 atlit sekitar usia 14-18 tahun akan bersaing dalam 26 acara sukan musim panas itu. -AP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukahijab_pakaitopi/Article
No comments:
Post a Comment